Korporat

Maklumat-maklumat korporat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk rujukan orang awam seperti Pengenalan, Visi dan Misi, Carta Organisasi, Menteri dan Timbalan Menteri, Pengurusan Atasan dan lain-lain.

Pengenalan
KPT berperanan penting dalam mewujudkan ekosistem pengajian tinggi yang terbaik di universiti awam (UA), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), politeknik dan juga kolej komuniti. Semua institusi ini merupakan komponen utama ekosistem pendidikan dan latihan negara yang akan menjana para pemikir, ilmuwan, sarjana, tenaga kerja mahir dan separa mahir sesuai dengan peranan masing-masing.
Visi
Malaysia sebagai hab bakat dan pengetahuan yang unggul
Misi
Memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi menerusi pemerkasaan bakat dan pengetahuan bagi mencapai kesejahteraan masyarakat untuk kemajuan negara yang mampan
  1. Mengumumkan keputusan permohonan kemasukan pelajar dalam tempoh 30 hari bekerja sebelum pendaftaran pelajar baharu ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.
  2. Mengeluarkan surat tawaran Biasiswa/ Pinjaman kepada pegawai dalam perkhidmatan dan mahasiswa dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas kelulusan pihak berkuasa melulus.

Pencapaian Piagam Pelanggan

Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 12 Januari 2026, 10:19:19.

logo-sirim