Korporat

Maklumat-maklumat korporat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk rujukan orang awam seperti Pengenalan, Visi dan Misi, Carta Organisasi, Menteri dan Timbalan Menteri, Pengurusan Atasan dan lain-lain.

Bahagian Dasar dan Penyelidikan

Latar Belakang

  1. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar (BPPD) telah ditubuhkan selaras dengan perpisahan semula Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi pada 10 Mac 2020 yang lalu.
  1. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan cadangan penstrukturan semula Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (BPPD) pada April 2022. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah meluluskan Waran Perjawatan Bil. S56 Tahun 2022 bertarikh 27 April 2022 melibatkan penstrukturan semula BPPD kepada dua (2) bahagian baharu iaitu: Bahagian Dasar dan Penyelidikan (BDP) dan Bahagian Perancangan Strategik (BPS) berkuatkuasa mulai 1 Mei 2022.
  1. Penjenamaan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (BPPD) kepada Bahagian Dasar Dan Penyelidikan (BDP) dan Bahagian Perancangan Strategik (BPS) bertujuan memastikan pembahagian tugas yang lebih berfokus dan efektif. Keadaan ini disebabkan oleh terdapatnya tambahan fungsi dan peranan dalam memastikan pembangunan, pelaksanaan dan pemantuan dasar pendidikan tinggi dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
  1. Sekretariat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional Negara telah dipindahkan kepada BDP bermula 18 Julai 2022 dan Pemindahan perjawatannya telah diperakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam pada 8 Ogos 2022.
  1. Bahagian Dasar Dan Penyelidikan merangkumi Seksyen berikut:
  • Seksyen Pengurusan Penyampaian;
  • Seksyen Perancangan Strategik;
  • Seksyen Modal Insan;
  • Seksyen Penyelidikan Dan PPRN; dan
  • Sekretarit Majlis TVET Negara

Visi & Misi

Visi

Menjadi Pusat Pemerkasaan Dasar dan Penyelidikan Pendidikan Tinggi bertaraf dunia.

Misi

Menerajui agenda pemerkasaan dasar dan penyelidikan pendidikan tinggi ke arah memenuhi aspirasi pembangunan modal insan negara.

Objektif

  1. Merancang, memudahcara, memantau, menilai dan melapor prestasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) PPPM(PT), Belanjawan berasaskan Keberhasilan (OBB), Aspirasi Keluarga Malaysia dan Prestasi Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA).
  1. Merancang, menggubal, mengurus dan menyelaras aktiviti perancangan dan penggubalan dasar/akta baharu Pendidikan Tinggi serta memberi khidmat nasihat dan rundingan berkitan Dasar Pendidikan Tinggi
  1. Bertindak sebagai Sekretariat Induk peringkat kementerian bagi Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT), Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, Agenda Pemerkasaan Bumiputra dan Sekretariat Nasional Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
  1. Menyelenggara dan menyelaras input kepada Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR), Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM), Mesyuarat Pasca Kabinet (MPK), Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP), Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT), Mesyuarat Susulam Jemaah Menteri (MSJM), Mesyuarat Majlis Ketua Setiausaha, Pertanyaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Memorandum Jemaah Menteri, Nota Jemaah Menteri,
  1. Merancang, melaksana, memudahcara dan memantau dana penyelidikan Education Policy Studies (EPS) dan Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN) bagi membantu meningkatkan produktiviti melalui inovasi dan teknologi
  1. Menambahbaik penyelarasan ekosistem TVET negara melalui penglibatan pemegang taruh awam dan swasta.

Piagam Pelanggan

  1. Mengemukakan ulasan berkaitan penggubalan dasar dan akta baharu atau pindaan dasar dan akta kepada kementerian/agensi luar dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja.
  1. Mengeluarkan surat sokongan cadangan kajian (research proposal) yang dimohon oleh pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) bagi tujuan menjalankan kajian di Kementerian Pendidikan Tinggi dan IPT dalam tempoh TUJUH (7) hari bekerja dari tarikh terima permohonan.
  1. Mengeluarkan surat tawaran projek kepada Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)/ Public Research Institute(PRI) dalam tempoh TIGA (3) hari bekerja daripada tarikh KPT menerima Memorandum Perjanjian projek.
  1. Mengeluarkan surat makluman kepada perunding Kajian Keberkesanan Ekosistem Pendidikan Tinggi Negara tentang peruntukan yang telah disalurkan oleh KPT dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja daripada tarikh memo Bahagian Pembangunan.

Struktur Organisasi

2022 09 22 Bahagian Dasar dan Penyelidikan

Fungsi

Seksyen Pengurusan Penyampaian

  1. Unit Pemantauan PPPM(PT)
    1. Merancang, memudahcara, memantau, menilai dan melapor pencapaian prestasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) - PPPM (PT).
    2. Memudahcara, memantau dan melapor pelaksanaan University Transformation Programme (UniTP).
  2. Unit Pengurusan Prestasi Organisasi
    1. Merancang, memudahcara, memantau, menilai dan melapor pencapaian serta pelaksanaan Belanjawan Berasaskan Keberhasilan (Outcome Based Budgeting – OBB).
    2. Merancang, memudahcara, memantau, menilai dan melapor pencapaian prestasi KPI Aspirasi Keluarga Malaysia.
    3. Merancang, memudahcara, memantau, menilai dan melapor pencapaian prestasi Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) Tier 1, Tier 2, Tier 3 dan Tier 4.
    4. Menyemak dan mengemukakan maklum balas berhubung pencapaian KPI Universiti Awam (UA) dalam penyediaan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) dan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan (LTPK) UA.
  3. Unit Pentadbiran
    Merancang, memantau dan melaksana hal-hal berkaitan Pengurusan BDP seperti berikut:
    1. Pentadbiran am;
    2. Pengurusan Kewangan;
    3. Pengurusan Aset dan Stor; dan
    4. Pengurusan Sumber Manusia

Seksyen Perancangan Strategik

  1. Unit Perancangan Pendidikan Tinggi
    1. Merancang, menggubal, mengurus dan menyelaras aktiviti perancangan dan penggubalan dasar/akta baharu pendidikan tinggi melalui sesi libat urus dengan pemegang taruh dan penyediaan kertas dasar/Memorandum Jemaah Menteri (MJM)/Nota Jemaah Menteri (NJM)
    2. Merancang, menggubal, mengurus dan menyelaras aktiviti penambahbaikan dasar/akta sedia ada pendidikan tinggi melalui sesi libat urus dengan pemegang taruh dan penyediaan kertas dasar/Memorandum Jemaah Menteri (MJM)/Nota Jemaah Menteri (NJM)
    3. Menyediakan ulasan terhadap kertas dasar/MJM/NJM oleh Bahagian/Jabatan/Agensi di peringkat KPT berdasarkan akta dan peraturan serta dasar dan pelan tindakan yang berkuat kuasa Menyediakan input di peringkat KPT bagi pelaporan dan kerjasama badan antarabangsa berdasarkan dasar dan pelan tindakan yang berkuat kuasa
    4. Memantau, menyelaras dan melaporkan pelaksanaan/pencapaian aktiviti berkaitan TVET di peringkat KPT.
  2. Unit Penyelarasan dan Pemantauan.
    1. Mengurus setia, memantau serta melaporkan pelaksanaan aktiviti Jawatankuasa-Jawatankuasa berhubung penggubalan dasar/akta baharu atau penambahbaikan dasar/akta sedia ada yang ditubuhkan di peringkat Kementerian
    2. Menyediakan input bagi penyediaan ulasan ke atas kertas dasar/ MJM/ NJM daripada Kementerian/Agensi Luar yang berkaitan dengan bidang pendidikan tinggi supaya selaras dengan akta dan peraturan serta dasar dan pelan tindakan yang berkuat kuasa
    3. Memberi khidmat nasihat dan rundingan berkaitan dasar pendidikan tinggi kepada Bahagian/Jabatan/Agensi.
    4. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa berkaitan dasar pendidikan tinggi negara.

Seksyen Modal Insan

  1. Unit Pembangunan Insan
    1. Merancang, menyelaras, memantau dan menyediakan maklum balas yang berkaitan selaku Sekretariat Induk Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi semua bidang keutamaan, strategi dan inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.
    2. Merancang, menyelaras dan menyediakan maklum balas yang berkaitan selaku Sekretariat Nasional Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) selaras dengan Lonjakan 3 yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), 2015-2025 [PPPM (PT)].
    3. Merancang, menyelaras dan menyediakan maklum balas yang berkaitan selaku Urus Setia Bersama Jawatankuasa Induk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) selaras dengan Pelan Induk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat, 2017- 2025.
    4. Menyelaras, memantau dan menyediakan maklum balas yang berkaitan selaku Sekretariat Induk Peringkat KPT bagi semua bidang keutamaan, strategi dan inisiatif di bawah Agenda 2030, Sustainable Development Goals (SDG)
    5. Menyediakan dan menyelaras input serta maklum balas berkaitan sektor pendidikan tinggi bagi Strategi Nasional untuk Literasi Kewangan, 2019-2023 selaku Sekretariat Induk Financial Education Network (FEN) Peringkat KPT.
    6. Memantau pelaksanaan Strategi B: Menubuhkan Struktur Pentadbiran (Malaysia Centere for e-Learning - MyCeL) bagi Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global (GOL) di bawah Lonjakan 9 yang digariskan dalam PPPM (PT) 2015-2025.
    7. Bertindak sebagai Sekretariat bagi Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Peringkat KPT.
  2. Unit Kordinasi Dasar
    1. Mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menghadiri mesyuarat/jawatankuasa di kementerian/agensi lain dan menyelaras maklum balas mesyuarat/jawatankuasa yang mempunyai kaitan dengan pendidikan tinggi.
    2. Mengurusetiakan Sesi Kunjungan Hormat oleh EXCO Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab terhadap portfolio pendidikan tinggi kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi bagi isu-isu umum berkaitan pendidikan tinggi negara.
    3. Menyelaras hal-hal berkaitan dengan penggubalan dasar dan akta baharu serta pindaan terhadap dasar dan akta sedia ada yang dilaksanakan oleh kementerian/agensi lain (termasuk kajian, pelan tindakan dan program) yang mempunyai hubung kait dengan pendidikan tinggi.
    4. Menyelaras penyediaan input bagi mesyuarat majlis/jawatankuasa yang melibatkan YB Menteri Pendidikan Tinggi sebagai ahli.
    5. Menyelaras penyediaan input bagi mesyuarat majlis/jawatankuasa yang melibatkan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi sebagai ahli.
    6. Menyelaras persediaan Majlis Menghadap/Kunjungan Hormat YB Menteri Pendidikan Tinggi ke atas Canselor Universiti Awam.
    7. Menyelaras penyediaan surat sokongan cadangan kajian (research proposal) bagi permohonan oleh pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) yang menuntut di Malaysia dan penyelidik IPT/Kementerian lain untuk menjalankan kajian di IPT di bawah KPT (Universiti Awam/IPTS/Politeknik/Kolej Komuniti).
    8. Menyelaras penyediaan ulasan kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri terhadap cadangan kajian (research proposal) pelajar pasca siswazah (warga tempatan/asing) yang menuntut di luar negara untuk menjalankan kajian di IPT di bawah KPT (Universiti Awam/IPTS/Politeknik/Kolej Komuniti).
    9. Menyelaras permohonan pengecualian cukai daripada Yayasan/Pertubuhan yang melibatkan sumbangan pendidikan tinggi berdasarkan Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Seksyen Penyelidikan & PPRN

  1. Unit PPRN
    1. Merancang, melaksanakan dan mengurus setia mesyuarat peringkat teknikal dan pemandu bagi dana.
    2. Merancang, melaksanakan dan mengurus hal-hal berkaitan pemadanan projek PPRN yang melibatkan penyaringan permohonan daripada Pusat Pengurusan Projek (PPP) melalui sistem oleh Sekretariat dan panel penilai pakar dan mengurus setia Bengkel Pembentangan Projek.
    3. Merancang, melaksanakan dan mengurus hal-hal berkaitan sistem PPRN dari segi teknikal serta penilaian permohonan.
    4. Merancang dan melaksanakan pemantauan projek PPRN melalui Bengkel Pemantauan, mengadakan lawatan tapak projek di premis syarikat / penyelidik bagi kategori projek peringkat pertengahan, projek sakit dan projek siap.
    5. Menyelaras dan menguruskan penyaluran peruntukan projek yang mendapat geran PPRN serta penyaluran peruntukan untuk bayaran panel penilai pakar.
    6. Menyedia dan menguruskan portal serta laman Facebook PPRN yang melibatkan hebahan pembukaan fasa permohonan projek serta promosi PPRN.
    7. Menyedia dan menyelaras hal-hal berkaitan penawaran projek PPRN yang melibatkan surat makluman kelulusan, penerimaan MoA projek dan surat tawaran projek.
    8. Membantu dalam menyedia dan menyelaraskan pelbagai input kepada Mesyuarat Pasca Kabinet, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT), Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri (MSJM), Mesyuarat Majlis Ketua Setiausaha (MMKSU) dan pertanyaan soalan-soalan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
    9. Membantu dalam menyediakan input berkaitan PPRN kepada Kementerian lain seperti Kementerian Pembangunan Usahawan, MOSTI dan lain-lain.
    10. Unit Penyelidikan
    11. Merancang, melaksanakan dan mengurus setia mesyuarat peringkat teknikal dan pemandu bagi dana seperti berikut:
    12. Merancang dan melaksanakan pemantauan bagi kajian-kajian di bawah Education Policy Studies (EPS) yang merangkumi Inception report, Interim report, Deraf Laporan Akhir dan Laporan Akhir.
    13. Menilai keupayaan hasil-hasil kajian dasar pendidikan tinggi untuk tujuan penterjemahan kepada dasar / penambahbaikan dasar sedia ada / garis panduan / pelan tindakan.
    14. Membantu dalam menyedia dan menyelaraskan pelbagai input kepada Mesyuarat Pasca Kabinet, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT), Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri (MSJM), Mesyuarat Majlis Ketua Setiausaha (MMKSU) dan pertanyaan soalan-soalan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Majlis TVET Negara

  1. Merancang dan menyelia gerak kerja keurusetiaan di peringkat Majlis TVET Negara, Jawatankuasa Eksekutif MTVET dan Kumpulan Fokus berkaitan.
  2. Menyelaras dan menyediakan bahan pembentangan, laporan, minit mesyuarat dan maklum balas.
  3. Menyelaras dan menyedia laporan status gerak kerja MTVET kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Fokus MTVET.
  4. Melaksana arahan-arahan yang diputuskan dan melaporkan status gerak kerja kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Fokus MTVET dari semasa ke semasa.
  5. Menyediakan dan melaksanakan aktiviti atau bengkel berkaitan semakan semula Pemurnian Proses Kerja di peringkat keurusetiaan.
  6. Memastikan pelaksanaan aktiviti berkaitan semakan semula dan pemurnian proses kerja keurusetiaan seperti yang dirancang.

Maklumat No Telefon untuk Dihubungi, No Faks, Emel & Alamat

Bahagian Dasar Dan Penyelidikan
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 13, No 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5,
62200 Putrajaya
Tel: 03-8870 600
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 15080
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 08 Disember 2023, 17:12:30.