Warga

Laman sehenti bagi keperluan warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Agensi di bawahnya mendapatkan maklumat rasmi bagi kegunaan menjalankan tugas

Takwim Mesyuarat JTI dan JPICT

Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian Pendidikan Tinggi (JPICT KPT)

Pengenalan

JPICT KPT ditubuhkan bagi menimbang dan meluluskan permohonan kelulusan teknikal daripada bahagian, jabatan dan agensi di bawahnya berdasarkan pelan strategik organisasi dan pelan strategik ICT agensi masing-masing bagi perolehan ICT mengikut had nilai yang telah ditetapkan.

Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) ialah jawatankuasa di peringkat kementerian yang merancang, menyelaras, menilai,meluluskan dan memantau permohonan perolehan, pembangunan dan pelaksanaan projek ICT bagi kementerian dan agensi di bawahnya termasuk projek ICT yang dilaksanakan secara in-house.

Jawatankuasa Teknikal ICT (JTI) pula ialah jawatankuasa di peringkat kementerian yang menilai dan mengesyorkan perakuan teknikal projek ICT serta melaporkan kemajuan pelaksanaan projek ICT bagi semua agensi di bawahnya kepada JPICT KPT.

Tujuan

Untuk memastikan bahawa perancangan dan pelaksanaan program ICT KPT dijalankan selaras dengan dasar ICT kerajaan.

JADUAL PERANCANGAN MESYUARAT JTI DAN JPICT TAHUN 2025:

Tarikh dikemas kini - 14 Januari 2025

BIL      TARIKH TUTUP PERMOHONAN           *TARIKH MESYUARAT JTI           *TARIKH MESYUARAT JPICT     
 1/2025 31 Disember 2024     7 Januari 2025 (Selasa)  4 Februari 2025 (Selasa) 
 2/2025 20 Januari 2025 (Isnin)   
 3/2025  19 Februari 2025  21 Mac 2025 (Jumaat)    15 April 2025 (Selasa)   
 4/2025  30 April 2025 20 Mei 2025 (Selasa)   10 Jun 2025 (Selasa) 
 5/2025 25 Jun 2025    15 Julai 2025 (Selasa)    5 Ogos 2025 (Selasa)
 6/2025  20 Ogos 2025 9 September 2025 (Selasa) 30 September 2025 (Selasa)
 7/2025   8 Oktober 2025 28 Oktober 2025 (Selasa) 11 November 2025 (Selasa)

*Tarikh mesyuarat adalah tertakluk kepada perubahan dan jumlah permohonan diterima.

Mesyuarat JPICT
Pengerusi : YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang
                 Ketua Setiausaha KPT
Mesyuarat JTI
Pengerusi : YBhg. Datuk Mohamad Azhan bin Md. Amir 
                 Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan) merangkap CDO KPT

PROSES PERMOHONAN KELULUSAN TEKNIKAL PROJEK ICT KPT DAN AGENSI DI BAWAHNYA

Pemohon hendaklah menghantar cadangan kertas permohonan yang lengkap dengan mengikut format kertas permohonan yang
telah ditetapkan seperti langkah berikut:

  1. Cadangan perolehan projek ICT hendaklah mendapat kelulusan teknikal berdasarkan tadbir urus dan tatacara yang telah ditetapkan dalam Surat Pekeliling Am (SPA) Bilangan 7 Tahun 2024: Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam (SPA Bil.7/2024);
  2. Merujuk dan mematuhi Garis Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA);
  3. Semua perolehan projek ICT yang dibiayai oleh semua jenis Peruntukan Persekutuan (DE) dan Peruntukan Mengurus (OE) tidak termasuk Peruntukan Sumber Kewangan Dalaman Agensi/ Universiti Awam perlu menggunakan Templat Pembentangan Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT JTISA (mohon rujuk ke laman sesawang JTISA dari semasa ke semasa) bagi permohonan kelulusan peringkat JPICT KPT;
  4. Semua permohonan perolehan projek ICT perlu dikemukakan melalui Sistem Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT) sahaja – https://profit.jdn.gov.my

PERMOHONAN KELULUSAN JAWATANKUASA TEKNIKAL ICT SEKTOR AWAM (JTISA)

Semua permohonan kelulusan JTISA perlu dikemukakan seperti langkah berikut:

  1. Melengkapkan Templat Pembentangan Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT JTISA yang boleh dimuat turun di Portal Jabatan Digital Negara (JDN) di alamat url: https://www.jdn.gov.my/jawatankuasa-teknikal-ict-sektor-awam-jtisa/
  2. Menghantar permohonan lengkap dan templat permohonan JTISA melalui *Sistem Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT) di alamat url: https://profit.jdn.gov.my
  3. Permohonan ID Sistem PROFIT:
    E-melkan butiran berikut ke alamat: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Nama penuh:
    No. kad pengenalan (tanpa sengkang):
    Bahagian/ Jabatan/ Agensi:
    E-mel rasmi:
    No. telefon pejabat:
    No. telefon bimbit:

PEMANTAPAN PENGURUSAN PROJEK ICT KERAJAAN

  1. Surat Pemantapan Pengurusan Projek ICT
  2. FAQ Pemantapan Pengurusan Projek ICT

PERMOHONAN PERKHIDMATAN PENGKOMPUTERAN AWAN SEKTOR AWAM

  1. Setelah mendapat kelulusan daripada JPICT KPT, semua permohonan berkaitan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan perlu dikemukakan untuk kelulusan teknikal JTISA tanpa mengira had nilai. Pihak agensi perlu mengemukakan maklumat permohonan tersebut melalui e-mel kepada Urus setia JTISA dan pihak Cloud Management Office (CMO) di alamat e-mel seperti berikut:
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  2. Format Templat Permohonan Perkhidmatan Awan boleh dimuat turun di https://mygovcloudcfa.jdn.gov.my/
  3. FAQ Cloud

TATAKELOLA PERMOHONAN PEROLEHAN PROJEK ICT

  1. Garis Panduan Pelaksanaan Tatakelola Pengurusan dan Perolehan Projek ICT Bagi RMKe-13:
  2. Tatacara Pelaksanaan Tatakelola Pengurusan dan Perolehan Projek ICT Bagi RMKe-13 (RP1) Tahun 2026
  3. FAQ Tatakelola RMKe-13
  4. Dokumen Standard Reka Bentuk Pembangunan Sistem: https://standard.digital.gov.my/

RUJUKAN (PEKELILING DAN GARIS PANDUAN)

 

FORMAT

MAKLUMAT LANJUT

Urus Setia JPICT KPT
Bahagian Pengurusan Maklumat
Kementerian Pendidikan Tinggi
Nombor Telefon: 03-8870 6065/ 6010/ 6067/ 6069/ 6024/ 6907
Alamat E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 81063
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 15 Januari 2025, 07:32:55.

logo-sirim