Latar Belakang

Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bermula sejak tahun 2013 merupakan satu pendekatan yang bersesuaian dan diterima baik oleh semua warga kementerian. Walau bagaimanapun, KPT telah membuat peralihan daripada Amalan 5S kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) mulai tahun 2017 dalam usaha untuk merealisasikan program transformasi dan pemantapan perkhidmatan awam terutamanya di KPT. Peralihan ini dilihat sebagai salah satu inisiatif penambahbaikan selaras dengan usaha Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk melahirkan identiti tersendiri.

EKSA telah diperkenalkan sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan untuk mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang sistematik, selesa dan kondusif supaya lebih releven kepada jabatan / agensi sektor awam di Malaysia. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan / agensi sektor awam.

Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa eleman baharu bagi menyokong pewujudan persekitaran kerja yang lebih sistematik, selesa dan kondusif.

Dasar EKSA KPT

Pembudayaan EKSA sebagai pemangkin kepada produktiviti kerja dan penyampaian perkhidmatan melalui persekitaran kerja kondusif, mesra, selamat dan teratur.

Visi EKSA KPT

Kualiti penyampaian perkhidmatan dan produktiviti kerja melalui persekitaran yang kondusif dan berdaya saing.

Misi EKSA KPT

  1. Mengukuhkan budaya kerja yang selamat, bersih, berdisiplin dan berketrampilan.
  2. Mewujudkan suasana persekitaran kerja yang positif dan efisyen untuk keselesaan warga dan pelanggan.
  3. Mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif, selamat dalam penghasilan output yang lebih efisyen.
  4. Mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif dan produktif.

Objektif Amalan EKSA KPT

  1. Meningkat imej korporat
  2. Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi
  3. Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau
  4. Meningkatkan tahap produktiviti, kualiti kerja dan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisyen untuk memenuhi aspirasi pelanggan.

 

CARTA PERBATUAN KE ARAS PENSIJILAN EKSA 

Carta Perbatuan

 

Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 Julai 2024, 10:52:23.