Bahagian Pembangunan
Latar Belakang
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti pembangunan pendidikan tinggi yang melibatkan pengurusan projek.
- Memberi nasihat teknikal bagi projek fizikal (contohynya: pembinaan bangunan, ubahsuai bangunan dan perolehan peralatan) dan projek bukan fizikal (contohnya: pembangunan penyelidikan dan biasiswa) untuk Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Politeknik, Kolej Komuniti dan semua agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi
- Menyelaras projek Kerjasama Awam Swasta atau Public Private Partbership (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.
Visi & Misi
Visi
Untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan Pendidikan tinggi menjelang tahun 2020 melalui penyediaan kemudahan infrastruktur dan bajet yang mencukupi.
Misi
Bahagian Pembangunan komited menyediakan kemudahan fizikal dan bajet yang mencukupi bagi membangun dan mewujudkan persekitaran pendidikan tinggi yang menggalakkan kearah menghasilkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang kompeten berinovasi serta berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.
Objektif
Untuk membangunkan prasarana dan kemudahan pendidikan IPTA, Politeknik dan Kolej Komuniti yang dirancang mengikut piawaian yang ditetapkan dengan kos yang efektif dengan mengutamakan :
- Budaya kerja berprestasi tinggi
- Adil dan Saksama
- Menepati Undang-undang dasar dan peraturan
- Mengutamakan kepuasan pelanggan
Piagam Pelanggan
- Mengemukakan maklum balas berhubung aduan awam dalam tempoh 10 hari
- Pembayaran bil/tuntutan/invois dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima dokumen sekiranya dokumen lengkap.
- Mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada kontraktor dan perunding dalam tempoh 14 hari bekerja selepas keputusan Lembaga Perolehan.
- Menguruskan pelaksanaan projek-projek/ program-program pembangunan pendidikan tinggi dengan cekap dan sempurna berdasarkan kepada peruntukan dan projek-projek/ program-program yang diluluskan oleh Kerajaan;
- Mengeluarkan Surat Kuasa kepada agensi pelaksana sebulan selepas tarikh penerimaan kelulusan senarai projek.
- Menyiapkan projek pembangunan fizikal dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Mengagihkan peruntukan tahunan untuk menampung keperluan agensi pelaksana/ pusat tanggungjawab (Universiti Awam dan Politeknik/ Kolej Komunti);
- Mengeluarkan waran peruntukan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
Struktur Organisasi
Fungsi
Peruntukan Pembangunan
- Universiti Awam
- Menyelaras perancangan permohonan dan pelaksanaan projek pembangunan rancangan Malaysia bagi Universiti Awam, Biasiswa dan JPT
Pemantauan Projek
- Politeknik, Kolej Komuniti
- Menyelaras perancangan permohonan dan pelaksanaan projek pembangunan rancangan Malaysia bagi Politeknik dan Kolej Komuniti
Rundingan Dan Konsultatif Teknikal
- projek Kerjasama Awam Swasta (PPP)
- Menyelaras perancangan permohonan dan pelaksanaan projek pembangunan rancangan Malaysia bagi projek-projek PPP
Pengurusan Tanah & Pengurusan Aset
- Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan permohonan pengambilan tanah, pajakan tanah, kepada Ketua Pengarah tanah dan galian.
- Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program/ aktiviti penyelenggaran dan pengurusan Aset Alih Kementerian Pendidikan Tinggi.
Maklumat No Telefon untuk Dihubungi, No Faks, Emel & Alamat
Bahagian PembangunanKementerian Pendidikan Tinggi
Aras 10, No 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5,
62200 Putrajaya
Tel: 03-8870 6000
Faks: 03-8870 6811
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 23482