Korporat

Maklumat-maklumat korporat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk rujukan orang awam seperti Pengenalan, Visi dan Misi, Carta Organisasi, Menteri dan Timbalan Menteri, Pengurusan Atasan dan lain-lain.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Latar Belakang

BPSM berperanan dalam menguruskan sumber manusia dan melaksanakan dasar perkhidmatan dengan cekap dan berkesan. BPSM turut bertanggungjawab dalam aspek perancangan dan pembangunan sumber manusia di samping melahirkan modal insan yang berpengetahuan, mahir dan kompeten dalam melaksanakan tugas.

Melalui pewujudan semula Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada 10 Mac 2020, BPSM terdiri daripada enam (6) unit yang melaksanakan urusan berkaitan sumber manusia seperti berikut:

  1. Unit Pembangunan Organisasi
  2. Unit Pengurusan Perkhidmatan dan Prestasi
  3. Unit Pengurusan Latihan
  4. Unit Pentadbiran dan Pingat
  5. Unit Strategik dan HRMIS
  6. Unit Pengurusan Psikologi

Visi & Misi

Visi

Menjadi peneraju pengurusan sumber manusia Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Misi

Menyediakan struktur organisasi yang mantap, modal insan yang kompeten dan berkeperibadian mulia serta mengurus Sumber Manusia dengan cekap dan berkesan seiring dengan aspirasi KPT.

Objektif

Menghasilkan warga kerja yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti melalui perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia secara cekap dan berkesan bagi mencapai objektif organisasi.

Piagam Pelanggan

  1. Melaksanakan Program Transformasi Minda untuk pegawai lantikan baharu dalam tempoh tidak melebihi dua tahun daripada tarikh lantikan.
  2. Memastikan 100% warga Kementerian Pendidikan Tinggi menghadiri kursus; dan
  3. Menguruskan pemangkuan dan kenaikan pangkat pegawai Kementerian Pendidikan Tinggi dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh iklan ditutup;
  4. Mengemukakan dokumen persaraan bagi pegawai Kementerian Pendidikan Tinggi ke Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dalam tempoh 3 - 6 bulan sebelum tarikh persaraan;
  5. Kertas cadangan penambahbaikan skim perkhidmatan dikemukakan ke Agensi Pusat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima;
  6. Kertas cadangan pengukuhan perjawatan diperakukan ke Agensi Pusat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima"
  7. Kertas cadangan penyusunan semula organisasi diperakukan ke Agensi Pusat dalam tempoh 6 bulan bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima;

Struktur Organisasi

2022 10 07 bpsm 01

Fungsi

  1. Merancang dan menyelaras inisiatif sumber manusia dan pengurusan pembangunan organisasi di KPT.
  2. Melaksanakan urusan berkaitan perkhidmatan seperti yang digariskan dalam Perancangan Sumber Manusia (pengambilan, penempatan, kenaikan pangkat, gaji, persaraan).
  3. Mengurus dan memantau urusan kenaikan pangkat di KPT dan agensi.
  4. Menyelia pelaksanaan sistem pengurusan prestasi di Kementerian.
  5. Merancang, mengurus, menilai dan menyediakan program latihan dan pembangunan bagi pegawai Kementerian.
  6. Merancang dan mengurus perkara berkaitan penganugerahan dan pengiktirafan (pingat, PPC, APC).
  7. Memberi khidmat nasihat kaunseling dan menyelaras program, garis panduan berkaitan perkhidmatan kaunseling dalam KPT di samping memantau keberkesanan pelaksanaan.
  8. Memantau dan mengurus aplikasi HRMIS Kementerian.
  9. Memberi khidmat nasihat berkaitan urusan sumber manusia Kementerian.

Maklumat No Telefon untuk Dihubungi, No Faks, Emel & Alamat

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 14 & 15,
No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya.
Tel      : 03-88706000
Faks   : 03-88706813
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 29002
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 12 November 2024, 11:03:46.

logo-sirim