190126RPTMBannerv2.png

Penjajaran


RPTM 2026–2035 dibangunkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digariskan dalam Akta Pendidikan 1996 dan Malaysia MADANI bagi memastikan keselarasan dan kesepaduan dengan agenda nasional. Pelaksanaannya turut berpandukan kepada pekeliling, perintah am, arahan kerajaan serta undang-undang dan peraturan semasa yang berkuat kuasa.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Akta Pendidikan 1996

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Malaysia MADANI

Malaysia MADANI adalah kerangka dasar dan slogan kerajaan yang diperkenalkan oleh pentadbiran yang diketuai oleh Perdana Menteri ke-10, Anwar Ibrahim. Konsep ini menekankan tadbir urus yang baik, pembangunan mampan dan keharmonian kaum dalam negara. MADANI merangkumi nilai teras seperti keMampanan (Sustainability), kesejAhteraan (Prosperity), Daya cipta (Inovation), hormAt (Respect), keyakiNan (Trust) dan Ihsan (Compassion). Ia secara khusus memberi tumpuan kepada lapan domain:

(i) Ekonomi dan kewangan

(ii) Perundangan

(iii) Institusi

(iv) Pendidikan

(v) Masyarakat

(vi) Kebudayaan

(vii) Bandar

(viii) Luar Bandar

Kementerian Pendidikan Tinggi memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI, menumpukan kepada penyediaan bakat, penyelidikan dan inovasi dan menggalakkan pemindahan dan perkongsian ilmu daripada universiti kepada masyarakat serta pengantarabangsaan sektor pendidikan.

Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 22 Januari 2026, 10:10:50.

logo-sirim