190126RPTMBannerv2.png

Kerangka dan Aspirasi


Nilai Teras

RPTM 2026–2035 akan berlandaskan empat nilai teras yang digariskan dalam kerangka Pendidikan Tinggi: Berpaksikan kemanusiaan, kesejahteraan holistik, kemakmuran bersama dan kemampanan.

1. Berpaksikan Kemanusiaan
  • Mengintegrasikan kemahiran kolaboratif (smart) dan digital (sharp) dengan pengetahuan yang bersifat keterangkuman secara harmoni, individu ini merangkumi keseimbangan antara ilmu dan adab.
  • Mereka mengamalkan kesejahteraan muda pemeliharaan bumi serta usaha ke arah kemakmuran bersama.

  HASIL YANG DIHASRATKAN:

  • Dengan memupuk pertumbuhan peribadi, kemampanan dan kesaksamaan, mereka berupaya menangani cabaran global serta mencipta kemajuan sosial, alam sekitar dan ekonomi sekali gus menyumbang kepada masyarakat yang berdaya tahan dan mampan.
2. Kesejahteraan Holistik
  • Dasar Pendidikan Kebangsaan menekankan pembangunan holistik individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
  • Dari segi intelek, dasar ini memupuk rasa ingin tahu, pemikiran kritis, kreativiti serta penciptaan ilmu dan nilai untuk inovasi serta penyelesaian masalah.
  • Dari segi rohani, ia mengukuhkan nilai moral dan etika seperti integriti, belas ihsan dan tanggungjawab.

  HASIL YANG DIHASRATKAN:

  • Dari segi emosi, ia membentuk daya tahan, empati dan kesedaran diri bagi komunikasi yang berkesan serta hubungan yang harmoni.
  • Dari segi fizikal, ia menggalakkan kesihatan, kecergasan dan gaya hidup aktif bagi menyokong produktiviti serta ketahanan jangka panjang.
  • Dengan mengintegrasikan semua dimensi ini, dasar ini bertujuan melahirkan individu yang seimbang, beretika dan berkeupayaan tinggi yang menyumbang secara berkesan kepada kepelbagaian masyarakat dan pembangunan negara.
3. Kemakmuran Bersama
  • Kemakmuran ialah nilai teras yang memupuk kesejahteraan holistik melalui pertumbuhan ekonomi yang terangkum, kemampanan sosial dan pencapaian peribadi.
  • Selaras dengan konsep MADANI, ia mengutamakan kejayaan bersama, pengagihan sumber yang saksama serta inovasi yang menjana nilai untuk masyarakat.

  HASIL YANG DIHASRATKAN:

  • Bakat yang dihasilkan dipandu oleh kepimpinan bermoral dan beretika serta menyumbang kepada pertumbuhan berasaskan komuniti dan pembangunan berteraskan kemampanan.
  • Melalui kerjasama dan empati, mereka memastikan usaha yang adil dan inklusif serta mewujudkan komuniti yang memacu kemajuan negara yang mampan, sejahtera dan transformatif.
4. Kemampanan
  • Selaras dengan konsep MADANI, kemampanan menekankan amanah moral dan etika, keterangkuman serta kesedaran alam sekitar.
  • Ia memastikan bakat untuk menyeimbangkan pembangunan ekonomi dengan kelestarian sosial dan memupuk inovasi hijau.
  • Melaksanakan penyelesaian saksama yang melindungi ekosistem sambil memastikan kemakmuran bersama.

  HASIL YANG DIHASRATKAN:

  • Mencerminkan komitmen untuk mengimbangi pembangunan dengan pemeliharaan sumber demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang.
  • Berinteraksi dengan pihak berkepentingan bagi membina ekosistem pendidikan dan masyarakat yang mewujudkan keseimbangan harmoni antara kemajuan serta pemeliharaan alam sekitar dan masyarakat.
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 22 Januari 2026, 10:10:50.

logo-sirim