
Mengapakah ia penting ?
Malaysia berada di kedudukan ke-12 dalam kalangan negara mega biodiversiti dunia dengan kepelbagaian flora dan fauna yang kaya. Namun, khazanah semula jadi negara kini terancam, dengan enam daripada sembilan had kemampanan bumi telah melebihi tahap selamat.
Keadaan ini memberi kesan negatif yang besar terhadap kesihatan rakyat, produktiviti tenaga kerja serta prospek ekonomi bagi pelbagai sektor yang bergantung kepada alam semula jadi dan sumber negara. Jika kemerosotan kemampanan bumi berterusan, ia akan membawa ketidakstabilan kepada struktur sosioekonomi dan kesejahteraan sosial negara.
Sektor pendidikan tinggi perlu melakukan perubahan transformasi yang menyeluruh dengan mengarusperdanakan kemampanan
dan kesihatan bumi dalam kepimpinan, pembangunan keupayaan, pendidikan, penyelidikan serta program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam atau Convention’s Communication, Education and Public Awareness (CEPA).
Apakah kejayaan yang ingin dicapai?
Sektor pendidikan tinggi Malaysia akan memperoleh, membangun dan mengekalkan bakat yang mempunyai pengetahuan kukuh dalam kesihatan bumi dan kemampanan, selaras dengan SDG dan ESG. Langkah ini akan membolehkan IPT mewujudkan persekitaran yang kondusif dan menyokong pembangunan profesional, bagi memastikan masyarakat, tenaga kerja serta perniagaan dapat mengamalkan pendekatan mesra bumi dan amalan terbaik kemampanan di peringkat global.
Sumbangan ini akan meningkatkan kedudukan global IPT Malaysia serta memperkukuh aspirasi negara untuk menjadi hab global bagi pendidikan dan penyelidikan kesihatan bumi serta kemampanan. Tenaga kerja dan bakat yang mengutamakan kemampanan bumi akan memperkasa ekosistem RDICE, membentuk kluster industri mesra bumi serta membantu industri Malaysia bergerak ke tahap lebih tinggi dalam rantaian nilai inovasi dan daya saing global. Pemulihan keseimbangan ekologi bumi, seiring dengan kemajuan dasar dan inisiatif berteraskan kemampanan akan membuktikan impak sebenar transformasi ini terhadap khazanah semula jadi negara serta kesejahteraan rakyat.
Bagaimanakah kita akan mencapainya?
Bagi mencapai matlamat ini, Kementerian akan memberi tumpuan kepada:
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara