
Mengapakah ia penting ?
Malaysia berada pada landasan untuk mencapai ranking 12 teratas dalam Indeks Daya Saing Global atau Global Competitiveness Index (GCI) dalam tempoh 10 tahun sebagaimana yang digariskan dalam Kerangka Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat. Dalam ekonomi global yang semakin berdaya saing, negara dan industri bergantung kepada kemahiran dan kepakaran tenaga kerja untuk terus maju. Memandangkan TVET ditawarkan oleh pelbagai kementerian dan institusi, Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) telah membangunkan kerangka dasar TVET nasional bagi memastikan penyelarasan di peringkat negara.
Malaysia memerlukan pendidikan berasaskan kompetensi yang sejajar dengan keperluan industri bagi menjamin kebolehpasaran graduan, menangani kekurangan bakat di peringkat global serta menyokong pembelajaran sepanjang hayat. Selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDG) 4: Pendidikan Berkualiti, TVET menggalakkan akses yang saksama kepada pendidikan berkualiti dan membangunkan kompetensi asas serta termaju yang penting bagi sumbangan kepada pembangunan negara. Kompetensi TVET termaju memainkan peranan penting dalam melengkapkan pembelajar dengan kemahiran teknikal, analitikal dan kepimpinan bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang sentiasa berkembang.
Apakah kejayaan yang ingin dicapai?
Industri memperoleh akses kepada bakat yang siap siaga untuk pekerjaan, dengan kemahiran yang sejajar dengan keperluan semasa dan masa hadapan sekali gus menangani jurang kemahiran kritikal serta meningkatkan produktiviti. Ini secara langsung mengukuhkan sumbangan ekonomi, menarik pelaburan dan membina kepercayaan terhadap daya saing industri bagi pertumbuhan mampan dalam pasaran global yang pantas berubah.
Kementerian melalui IPT, politeknik dan kolej komuniti akan membangunkan graduan TVET yang menjadi pilihan utama industri, diiktiraf berdasarkan kompetensi dan atribut mereka serta berpeluang mengembangkan kerjaya secara progresif. Dengan jalinan kerjasama industri yang kukuh, peningkatan ketara dalam pendaftaran program TVET merentasi kementerian akan dapat dicapai. Perungkaian pelbagai program TVET akan menghasilkan pengalaman pembelajaran yang fleksibel.
Bagaimanakah kita akan mencapainya?
Bagi mencapai matlamat ini, Kementerian akan memberi tumpuan kepada:
Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara