logo kpt black

TEKS UCAPAN

YB DATUK SERI DR. NORAINI AHMAD
MENTERI PENGAJIAN TINGGI

MAJLIS SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN PTPTN

27 JULAI 2022 (RABU)


PENDAHULUAN

  1. Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah subha nahu wa ta’ala kerana dengan izin-Nya, kita dapat bersama-sama dalam majlis penuh bersejarah pada hari ini sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional – PTPTN.
  1. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri, kerana sudi hadir merasmikan majlis pada hari ini.
  1. Sesungguhnya, seluruh Keluarga Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan juga PTPTN berasa amat gembira dan berbesar hati dengan kehadiran Yang Amat Berhormat dan Yang Berhormat, walaupun dibebani dengan jadual yang sangat padat. Sila berikan tepukan gemuruh!

SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN PTPTN

Yang   Amat   Berhormat   Dato’   Sri,   tuan-tuan   dan   puan-puan sekalian,

  1. Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN yang dianjurkan pada hari ini adalah bertujuan untuk menghargai segala usaha dan daya yang telah disumbangkan oleh PTPTN sejak mula beroperasi pada 1 November 1997, bersesuaian dengan fungsinya yang termaktub di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 atau Akta 566.
  1. Masa tu, saya masih ingat lagi, PTPTN ditempatkan di Wisma Chase Perdana, Damansara Heights. Kini, PTPTN telah pun beroperasi di Menara PTPTN yang tersergam indah di tengah-tengah Kuala Manakala di seluruh Malaysia, kita ada kira-kira 64 cawangan PTPTN yang beroperasi. Alhamdulillah!
  1. Dalam usia 25 tahun penubuhannya, fakta bahawa PTPTN telah memainkan peranan penting dalam menjayakan pendemokrasian pendidikan. Dengan adanya PTPTN, lebih ramai pelajar mendapat akses kepada pendidikan tinggi. Perkara ini juga selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang amat menekankan kepada pelaksanaan program dan inisiatif yang melimpahkan kesejahteraan dan manfaat kepada seluruh Keluarga Malaysia.
  1. Sehingga Disember 2021 sahaja, PTPTN telah meluluskan lebih 3.62 juta pinjaman pelajaran dengan pengeluaran berjumlah 51 bilion. Dan alhamdulillah, dalam kalangan yang menerima manfaat ini ramai telah diterima berkhidmat dan diiktiraf kepakaran mereka di pelbagai sektor – ada yang jadi penjawat awam, ada yang terlibat dalam dunia korporat, malah ada juga yang bergiat sebagai ahli politik.
  1. Hakikatnya, usaha murni yang digiatkan oleh PTPTN dalam menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi adalah untuk memastikan tiada pelajar tercicir daripada memasuki IPT disebabkan oleh masalah kewangan. Lebih-lebih lagi Keluarga Malaysia yang dalam kategori B40. Insya-Allah!

CEMERLANG MENONGKAH MASA

Hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian,

  1. Sejarah penyediaan bantuan pinjaman pendidikan tinggi kepada pelajar melalui PTPTN bermula dengan pemberian geran pembiayaan pendidikan oleh Kerajaan kepada Pada mulanya, iaitu pada tahun 1997 hingga 2002, sebanyak RM5.3 bilion telah diperuntukkan untuk tujuan pinjaman pendidikan ini.
  1. Selepas daripada itu, kaedah pendanaan PTPTN tidak lagi bergantung kepada geran daripada pihak Kerajaan. Sebaliknya, dengan kematangan usia serta pengurusan yang efektif, efisien, inovatif dan kreatif, PTPTN kekal konsisten menyediakan pinjaman pendidikan kepada pelajar sungguhpun sudah lebih dua (2) dekad berlalu.
  1. Dan dalam hal ini, saya rasa wajar untuk saya sebutkan di sini bahawa walaupun pada tahun 2020 Kerajaan telah melaksanakan penangguhan bayaran balik PTPTN ekoran pandemik COVID-19, kira-kira RM1.35 bilion telah berjaya dikutip balik. Manakala pada tahun 2021, prestasi bayaran balik ini terus meningkat dengan jumlah kira-kira RM2.36 bilion. Bagi tahun 2022 pula, sehingga 30 Jun 2022, PTPTN telah berjaya mengutip sebanyak 70 bilion, iaitu kira-kira 61 peratus daripada RM3 bilion yang disasarkan.
  2. Syabas saya ucapkan kepada peminjam yang tanpa culas melaksanakan tanggungjawab membayar balik pinjaman! Dan kepada seluruh warga PTPTN, tahniah kerana terus komited melaksanakan pelbagai strategi berkesan bagi meningkatkan prestasi bayaran balik!
  1. Saya percaya pencapaian ini turut didorong oleh pelaksanaan insentif diskaun bayaran balik akibat pandemik COVID-19. Apa yang lebih penting, bayaran balik ini nanti adalah untuk kegunaan generasi akan datang juga. Mereka juga perlu diberi peluang kejayaan melalui pembiayaan pendidikan.

PENGHARAPAN DAN APRESIASI

Hadirin dan hadirat, Keluarga PTPTN sekalian,

  1. Kecemerlangan sesebuah organisasi bukan sekadar diukur dengan tercapainya sasaran kerja. Tetapi, ia juga dinilai melalui perkhidmatan yang berintegriti dan sumbangannya kepada masyarakat. Justeru, besar harapan saya agar PTPTN terus berdiri teguh, seiring dengan aspirasi Kementerian dan Kerajaan, khususnya dalam upaya memartabatkan pendidikan tinggi dan pembangunan modal
  1. Dalam hubungan ini, PTPTN hendaklah sentiasa bersedia dan peka dengan perubahan semasa dan cabaran mendatang. Warga PTPTN juga perlu mengamalkan budaya kerja di luar kelaziman dan lingkungan kotak pemikiran biasa untuk mendapat keberhasilan yang luar biasa.
  1. Kepada kepimpinan barisan Mantan Pengerusi dan juga Ketua Eksekutif PTPTN, Ahli Lembaga Pengurusan, pihak Pengurusan dan seluruh warga PTPTN, syabas kerana telah berjaya memacu PTPTN ke tahap cemerlang seperti pada hari ini! Terima kasih juga semua pihak yang menjadi tulang belakang kepada pencapaian Ini termasuklah rakan– rakan strategik, pihak media dan para pelanggan PTPTN yang sentiasa memberikan sokongan padu dan setia bersama-sama PTPTN.

PENUTUP

  1. Terima kasih sekali lagi kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri kerana memberikan sokongan dan datang merasmikan majlis pada hari ini.

Sekian. Wabillahitaufiq wal hidayah,
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih.

Muat Turun:

pdf Teks Ucapan Aluan YBM KPT Majlis 25 Tahun PTPTN.pdf (161 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 12855
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 08 Disember 2023, 17:12:30.