YBTM Rasmi Majlis Penutup Seminar Pembangunan Mahasiswa Holistik 2022

10 Februari 2022

YB. Senator Dato' Dr Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan majlis penutup Seminar Pembangunan Mahasiswa Holistik 2022 (SPEM 22) anjuran Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (JAHEIS) bertempat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Penganjuran SPEM 22 merupakan pentas untuk membincangkan peranan yang perlu dimainkan oleh pusat-pusat Islam di IPT awam dan swasta dalam melahirkan generasi mahasiswa yang berkualiti dan berperibadi mulia yang mampu mendepani cabaran masa hadapan.

YB Timbalan Menteri turut menerima Resolusi Seminar Pembangunan Mahasiswa Holistik 2022 yang telah diserahkan oleh Prof. Madya Dr Aminuddin Ruskam, Pengarah Pusat Islam UTM merangkap Pengerusi JAHEIS sambil disaksikan oleh YBhg. Prof. Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM.

Dalam ucapannya, beliau berharap keputusan resolusi yang dicapai dalam seminar ini dapat diperkasakan secara holistik oleh semua IPT dalam meningkatkan keterampilan dan kebolehpasaran mahasiswa sejajar dengan sasaran yang ditetapkan oleh KPT berpaksikan nilai-nilai murni Islam.

Seminar kali ini berjaya menghimpunkan para pengarah serta pegawai daripada 35 Pusat Islam dan Bahagian Hal Ehwal Islam IPT awam dan swasta dari seluruh negara.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1114
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 15 Julai 2025, 07:22:36.

logo-sirim