YBM melawat pelajar Universiti Sains Islam Malaysia yang terlibat dalam kemalangan dua hari lepas di Kolej Kediaman Nilam Court, USIM Nilai

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah meluangkan masa untuk melawat pelajar Universiti Sains Islam Malaysia yang terlibat dalam kemalangan dua hari lepas di Kolej Kediaman Nilam Court, USIM Nilai.

Seramai 17 orang pelajar dari USIM telah terlibat dalam kemalangan tersebut.

YB Menteri sempat bertanya khabar dengan beberapa pelajar yang terlibat.

Turut hadir YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Pengerusi Lembaga Pengarah USIM dan Prof. Dato' Dr. Mohamed Ridza Wahiddin FASc, Naib Canselor USIM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 906
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 15 Julai 2025, 07:22:36.

logo-sirim