YBM menerima kunjungan hormat dari Presiden Malaysian Football League
Hari ini YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menerima kunjungan hormat dari Datuk Ab Ghani Hassan, Presiden Malaysian Football League di pejabat beliau.
Dalam sesi tersebut, pelbagai perkara telah dibangkitkan yang berkaitan sukan di insitusi pendidikan tinggi terutamanya dengan cadangan untuk mengkomersialkan lagi penganjuran Liga Bola Sepak IPT.
Turut hadir dalam sesi tersebut YBhg. Prof Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan YBrs. Dr. Pekan Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, KPT.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 809