YBM Luang Masa Bertemu Peserta DPA INTAN

YBM Luang Masa Bertemu Peserta DPA INTAN

Selesai urusan di Parlimen, YB Menteri meluangkan masa untuk bersua dengan para peserta program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN Submodul Strategic Partnership Programme 2022 dalam satu sesi santai di sini petang tadi.

Pertemuan tersebut adalah untuk menghargai sumbangan mereka yang telah ditempatkan untuk menimba pengalaman di KPT selama 5 minggu bermula Jun lalu.

YB Menteri turut menitipkan beberapa pesan dan amanat kepada mereka agar dapat dijadikan panduan dalam perjalanan karier masing-masing kelak.

Turut hadir Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan & Pembangunan) KPT, Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, KPPT, dan Mansor Ibrahim @ Abd. Hamid, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3170
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.