YBM Hadiri Persidangan Keselamatan Negara 2022

YBM Hadiri Persidangan Keselamatan Negara 2022

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menghadiri majlis perasmian Persidangan Keselamatan Negara 2022 yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri di Sepang pagi tadi.

Bertemakan “Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama”, persidangan anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu merupakan platform yang menggabungkan semua pihak berkepentingan bagi membincangkan strategi, kaedah dan langkah untuk memperkukuhkan keselamatan negara.

Penyertaan pakar-pakar akademia dan wakil-wakil pelajar IPT dalam platform ini turut membuktikan sumbangan Kementerian dalam pembinaan Malaysia yang selamat dan tenteram.

YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan inisiatif sukarelawan berasaskan komuniti sebagai memulakan program Latih Amal Keselamatan Menyeluruh yang diharap dapat mengukuhkan lagi kesepaduan dan kesejahteraan nasional.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2423
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 29 Mei 2024, 21:46:47.