KPT-KKM Bincang Kolaborasi Strategik Pengoperasian Pusat Jantung Serdang (PJS)

KPT-KKM Bincang Kolaborasi Strategik Pengoperasian Pusat Jantung Serdang (PJS)

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad telah mengadakan perbincangan bersama YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan bagi cadangan pengoperasian Pusat Jantung Serdang (PJS) di Parlimen petang tadi.

Perbincangan yang dipengerusikan oleh YB Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) turut berunding untuk menubuhkan sebuah Special Purpose Vehicle (SPV) bagi menjayakan cadangan tersebut.

Pengoperasian PJS itu bakal mengeratkan lagi kerjasama strategik antara KPT-KKM yang sudah lama terjalin melalui Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) dengan Jabatan Kardiologi Hospital Serdang terutamanya dalam perkongsian sumber dan data.

YB Menteri Pengajian Tinggi turut menyatakan kesediaan Kementeriannya untuk berkolaborasi dengan mana-mana pihak demi mendukung sebarang hasrat murni Kerajaan.

Turut hadir Dr. Harjeet Singh, KSU KKM, dan Dr. Zabri Mohd Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3466
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 27 Mei 2024, 18:16:03.