YB Menteri Pengajian Terima Kunjungan Hormat Kumpulan Media Prima

8 Februari 2022

Selesai menghadiri majlis di UKM pagi tadi, YB. Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah menerima kunjungan hormat YBhg. Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan Media Prima.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk membincangkan hala tuju dan kerjasama strategik dalam memperkenalkan pelbagai program serta inisiatif yang telah diperkenalkan oleh KPT.

YB Menteri berharap hasil perbincangan daripada kunjungan tersebut dapat memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada para pelajar IPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 420
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 07 Februari 2025, 10:01:10.

logo-sirim