Kunjungan Hormat daripada Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak dengan diiringi oleh Menteri Muda Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I, dan Menteri Muda Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat II

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YB Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak dengan diiringi oleh YBrs. Dr. Annuar Rapaee, Menteri Muda Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I, dan YB Datuk Francis Harden Anak Hollis , Menteri Muda Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat II;di pejabatnya semalam.

Sesi kunjungan hormat ini membincangkan mengenai isu Visa dan Pas Pelajar bagi pelajar antarabangsa di negeri Sarawak selain penambahbaikan dasar dan pengurusan pelajar antarabangsa ke IPT di Malaysia melalui sistem Student Application and Registration System (STARS) yang dibangunkan dan diuruskan oleh Education Malaysia Global Services (EMGS) bagi memproses kemasukan pelajar antarabangsa secara menyeluruh di Malaysia.

Antara lain intipati sesi kunjungan hormat ini ialah jalinan kerjasama dengan KPT dalam pengurusan TVET berdasarkan hub kolaborasi berkaitan di Sarawak.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak, Ketua Setiausaha KPT, YBrs. Dr. Mohd. Zabri Yusoff, Timb. Ketua Setiausaha (PP), YBhg. Dato` Shaharuddin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar KPT, YBhg. Datin Maizatul Akmam Binti Hj Alawi, Pengerusi EMGS dan YBrs. En. Mohd Radzlan Bin Jalaludin, Ketua Pegawai EMGS.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 11749
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.