Majlis Menandatangani MoU Berkaitan Pendidikan Tinggi antara Malaysia dan Georgia

8 Februari 2022

Satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan Kementerian Pendidikan dan Sains Georgia bagi memantapkan kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi antara Malaysia dan Georgia.

Memorandum tersebut telah ditandatangani oleh YB. Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang mewakili kerajaan Malaysia manakala bagi kerajaan Georgia diwakili oleh menterinya, Mikhel Chkhenkeli dalam sebuah sidang maya di KPT petang tadi.

Majlis tandatangan tersebut telah disaksikan oleh YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT dan juga H.E. Nikoloz Apkhazava, Duta Besar Georgia ke Malaysia.

Turut hadir sama ialah Dato' Shaharudin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan dan Dasar Strategik KPT yang menjalankan tugas TKSU (Dasar) KPT, Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah JPPKK, Prof. Datuk Dr Mohamad Shatar Sabran, CEO MQA, Ahmad Dasuki Abdul Majid, dan Dato' Mohd Khalid Abbasi Ab Razak Khan Abbasi, Setiausaha Bahagian, Bahagian Eropah, Kementerian Luar Negara.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 813
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Ahad 16 Februari 2025, 13:00:25.

logo-sirim