Kunjungan Hormat YBM daripada CEO UNIKOP
8 Februari 2022
Seterusnya, YB Menteri Pengajian Tinggi turut menerima kunjungan hormat dari delegasi Kolej UNIKOP di pejabatnya petang tadi.
Dalam pertemuan ringkas tersebut, beliau telah menerima taklimat ringkas berkenaan perancangan serta hala tuju melibatkan pentadbiran, pembangunan dan hal ehwal pelajar Kolej UNIKOP daripada YBhg. Datuk Ramli Hj. Din, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIKOP.
Turut bersama dalam pertemuan tersebut ialah YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, dan Dato' Shaharudin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan dan Dasar Strategik KPT.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1336