YB Menteri Pengajian Tinggi Sempurnakan Sambutan 40 Tahun Dasar Pandang Ke Timur di UKM

8 Februari 2022

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, telah menyempurnakan Sambutan 40 Tahun Dasar Pandang Ke Timur di Universiti Kebangsaan Malaysia pagi tadi.

Dalam ucapannya, YB Menteri menyatakan sehingga kini hampir 26,000 orang pelajar Malaysia telah mendapatkan pendidikan tinggi di Jepun semenjak dasar tersebut diperkenalkan oleh kerajaan pada 1981.

Para siswazah berikut seterusnya telah menyumbang dalam memacu kemajuan ekonomi serta perkembangan teknologi di Malaysia hasil pencerapan budaya dan cara kerja yang dipelajari sepanjang pengajian di Jepun.

Oleh itu, beliau mencadangkan agar penambahbaikan dasar sedia ada iaitu "Dasar Pandang Ke Timur 2.0" diberi penekanan dalam hubungan bilateral kedua-dua negara melalui inisiatif seperti Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi Malaysia, perkongsian kemajuan teknologi yang berterusan dan juga pembangunan lestari sumber manusia pasca-pandemik COVID-19.

Majlis sambutan yang dianjurkan oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM itu turut dihadiri oleh Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak, Pengerusi, Lembaga Pengarah UKM dan Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj Toriman, Naib Canselor UKM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7713
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 20 Jun 2024, 11:05:30.