YAB TPM Rai Para Pemimpin Mahasiswa Di iFUTURE 2024

YAB TPM Rai Para Pemimpin Mahasiswa Di iFUTURE 2024

Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi hadir pagi tadi bagi meraikan para pemimpin mahasiswa tempatan dan luar negara yang sedang menghadiri persidangan International Young Future Leaders Summit 2024 (iFUTURE 2024) di sini pagi tadi.

Diiringi Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, beliau telah turut menyampaikan ucaptama menyentuh pembangunan bakat kepimpinan masa hadapan.

Selain itu, beliau turut berkongsi pengalaman dan perjalanan kariernya untuk dijadikan panduan kepada para peserta.

Pada sesi pagi tadi, seramai lebih seribu orang peserta telah hadir merangkumi pemimpin mahasiswa serta pemimpin Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam serta swasta tempatan.

iFUTURE 2024 merupakan platform yang menghimpunkan pemimpin pelajar daripada pelbagai latar belakang, membolehkan mereka berinteraksi dalam dialog bermakna, bertukar pendapat, dan menjalin hubungan jangka panjang yang akan menjadi asas bagi kerjasama global di masa hadapan.

Selain itu, ia juga mengetengahkan suara dan perspektif generasi muda dalam menangani cabaran global seperti isu perubahan iklim, ketidaksamaan ekonomi, dan gangguan teknologi yang memerlukan idea-idea baharu dan kepimpinan yang berani.

Hadir sama pada majlis ucaptama YAB Timbalan Perdana Menteri tersebut, Ketua Setiausaha KPT, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman; serta Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Dato' Prof. Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 843
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim