KSU Dan Uniten Jayakan Kudah Di Kg. Datuk Abu Bakar Baginda

KSU Dan Uniten Jayakan Kudah Di Kg. Datuk Abu Bakar Baginda

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah menerajui program Kutip Sampah Sambil Riadah (KUDAH) bagi membersihkan sungai di Kampung Datuk Abu Bakar Baginda pagi tadi.

Dianjurkan oleh Persatuan Sahabat Sungai Malaysia dan Yayasan Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), warga kampung bersama 60 orang pelajar UNITEN telah turut sama bergotong-royong menjayakan program tersebut yang juga merupakan sebahagian daripada projek 'edutourism' mereka.

Inisiatif kesukarelawanan bersama komuniti yang dicetuskan oleh YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. KSU ini memfokuskan kepada pembersihan dan keindahan Sungai Abu Bakar Baginda yang menjadi sumber kepada Taman Tasik Cempaka di Bangi.

Pada program yang sama telah diadakan aktiviti pacak bendera di sekitar kawasan kampung bersempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024.

Lebih menarik, para sukarelawan dan orang kampung telah turut sama-sama berewang bagi menyediakan jamuan makan tengah hari.

Warga KPT telah turut sama hadir bagi memeriahkan lagi program tersebut. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 537
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim