KSU KPT, Ahli Panel Kupas Peranan Mahasiswa Sebagai Rakan Pembina Negara Di iFUTURE 2024
Usai majlis ucaptama oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, persidangan International Young Future Leaders Summit 2024 (iFUTURE 2024) telah diteruskan dengan siri forum yang pertama untuk hari ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah mengendalikan forum tersebut sebagai moderator kepada topik 'Peranan Mahasiswa Sebagai Rakan Pembina Negara'.
Kupasan topik forum tersebut telah dibincangkan secara empat (4) penjuru oleh para wakil pelajar iaitu Syahril Ahmad Sofian (Malaysia); Rehannah Zelda (Indonesia); Ken Paolo (Filipina); serta Satapat Petsirasan (Thailand).
Melalui forum tersebut, ahli panel telah berdiskusi berkenaan pemerkasaan kepimpinan pelajar; peranan mahasiswa dalam program kewarganegaraan aktif (active citizenship); pembangunan ilmu dan kemahiran holistik; serta keterlibatan mahasiswa dalam program sosial yang bernilai dan berimpak tinggi.
Para peserta yang hadir turut berpeluang berinteraksi bersama para ahli panel melalui sesi perkongsian yang telah diadakan.
Seterusnya pada dua (2) buah siri forum petang nanti, Menteri Komunikasi, YB Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) YB Dato’ Sri Azalina Othman Said dijadualkan akan turut hadir menjayakan iFUTURE 2024 dengan memberikan komentar di sesi masing-masing.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 580