Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 (Zon Selatan) Melabuhkan Tirainya Petang Ini Dengan Meriah

Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 (Zon Selatan) Melabuhkan Tirainya Petang Ini Dengan Meriah

Pameran Pendidikan Tinggi bersempena PMR 2024 (Zon Selatan) telah melabuhkan tirainya pada petang ini setelah berlangsung selama tiga (3) hari mulai 15 hingga 17 Ogos 2024 di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor dengan dihadiri ramai para pengunjung khususnya warga negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Majlis Perasmian Penutupan juga telah diadakan pada petang ini dengan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim selain turut meluangkan masa melawat reruai-reruai Kementerian dan Agensi dengan diiringi oleh Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli. Turut hadir ialah Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Sepanjang tiga (3) hari PMR 2024 (Zon Selatan) berlangsung, pelbagai perkhidmatan berkaitan pendidikan tinggi telah ditawarkan kepada pengujung yang hadir ke reruai KPT selain pelbagai aktiviti interaktif yang dipersembahkan.

PMR 2024 (Zon Selatan) ini merupakan siri keempat diadakan selepas pelaksanaan di Negeri Selangor bagi Zon Tengah, Negeri Pulau Pinang bagi Zon Utara dan Negeri Pahang bagi Zon Timur.

Ianya merupakan platform untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat memahami dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Siri jelajah PMR 2024 akan diteruskan lagi berbaki di dua zon iaitu Negeri Sarawak dan seterusnya di Negeri Sabah. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 830
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim