Warga Putrajaya Penuhi Program #JommasukIPT @ UiTM

Warga Putrajaya Penuhi Program #JommasukIPT @ UiTM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi YB Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad telah merasmikan Program #JomMasukIPT @ Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Putrajaya.

Program #JomMasukIPT merupakan program jelajah ke seluruh negara untuk mempromosi serta menyebarluas peluang pendidikan tinggi ke Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Pada majlis ini juga telah diadakan taklimat oleh Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM serta Sesi Konsultasi Pelajar Bersama UiTM. Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) dengan kerjasama IPTA dan ILKA di seluruh Malaysia.

UiTM adalah antara 20 Universiti Awam (UA). Terdapat juga 36 Politeknik, 105 Kolej Komuniti (KK) dan 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) terdiri daripada Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS), Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian (BLKP) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Turut hadir dalam majlis ini adalah Ahli Parlimen Putrajaya, YB Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Ahli Dewan Negara YB Senator Tuan Muhammad Zahid Bin Md Arip, Presiden Perbadanan Putrajaya YBhg. Dato' TPr Fadlun bin Mak Ujud, Penolong Naib Canselor, Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), YBhg. Prof. Datuk Dr. Mizan Hitam, Timbalan Pengarah Perancangan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya YBrs. Dr. Haji Roslan bin Hussin.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4728
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 06 Disember 2024, 01:33:11.

logo-sirim