MTUN Anjur Seminar Antarabangsa Industri

MTUN Anjur Seminar Antarabangsa Industri

Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang terdiri daripada UniMAP, UMP, UTeM dan UTHM telah berjaya menganjurkan Seminar Antarabangsa MTUN sempena Minggu TVET Negara 2022 yang berlangsung di Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, petang tadi.

Seramai empat (4) wakil industri telah menyampaikan ceramah iaitu :

SLOT 1 - The Future of TVET : Opportunities to Drive Economic Growth oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Soh Thian Lai, Presiden Federation of Malaysian Manufactures

SLOT 2 – Model for Addressing Skill Shortage in Malaysia Oil and Gas Industry oleh Ts. Sheh Yackop Abdol Karim, Senior Manager, Technical Delivery EPIC OG Sdn. Bhd.

SLOT 3 - Unpacking and Addressing TVET Skills Gap for the Electronic Industry oleh Ts. Amiruddin Zahamail, Training Program Director (ASEAN) Siemens Malaysia Sdn. Bhd.

SLOT 4 – Trend of 3D Printing in Higher Level TVET Skill disampaikan oleh Pengurus Operasi dan Jualan, Shahrul Irwan Musa mewakili Pengarah Urusan 3D Gens Sdn. Bhd., Dr. Izhar Abd Aziz .

Malah turut diadakan tayangan multimedia Jemputan Khas iaitu Dr. David Lacey, Research and Development Director OSRAM Sdn. Bhd.

Turut hadir dalam seminar ini ialah YBhg. Lt. Kol Prof. Ts. Dr. Zaliman bin Sauli, Naib Canselor UniMAP, YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin, Naib Canselor UMP, YBhg. Dr. Hj. Mohd Zahari bin Ismail, Pengarah Politeknik Shah Alam, Timbalan-timbalan Naib Canselor MTUN, wakil-wakil industri serta para pelajar.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2502
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 08 Disember 2023, 17:12:30.