Minggu TVET Negara 2022 Semakin Meriah
Kemeriahan Minggu TVET Negara 2022 semakin terasa dengan kehadiran para pengunjung terutama daripada para pelajar institusi pendidikan tinggi dan pelajar sekolah.
Rata-rata ingin mengetahui dengan lebih terperinci mengenai peluang serta program yang ditawarkan oleh jabatan serta agensi penyedia TVET.
Ayuh Keluarga Malaysia, beramai-ramai memeriahkan Minggu TVET Negara 2022 yang akan berlangsung sehingga esok di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
Jumpa anda di sana!
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1811