YB Menteri Terima Kunjungan Delegasi Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

YB Menteri Terima Kunjungan Delegasi Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) di pejabatnya petang tadi.

Kunjungan yang diketuai YB. Dato' Sri Hasan Arifin, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad itu telah membincangkan beberapa perkara berkaitan hal ehwal akademik serta perancangan hala tuju baharu universiti berkenaan.

Turut sama Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT, Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, KPPT, Ahmad Dasuki Abdul Majid, CEO PTPTN, Datuk Ir. Baharin Din, Presiden dan CEO TNB, serta Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor UNITEN.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2943
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 24 Jun 2024, 18:57:36.