Warga KPT Sertai Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2024
Warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama para pemimpin negara telah beramai-ramai memeriahkan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di sini petang tadi.
Disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, majlis itu tadi merupakan sebahagian daripada pengisian sambutan hari kebangsaan tahun ini yang dikelolakan oleh Kementerian Komunikasi selaku Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.
Pada majlis yang sama, YAB Perdana Menteri turut melepaskan konvoi Kembara Merdeka dan Jalur Gemilang 2024 yang akan menjelajah seluruh pelosok negara bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan tahun ini.
Selain majlis pelancaran, program siang tadi juga telah dipenuhi dengan pengisian seperti reruai pameran dan perkhidmatan kementerian dan agensi kerajaan, khemah jualan oleh Komuniti MADANI seluruh negara, serta pelbagai kendera saji.
Terdahulu, pada Mei lalu kerajaan telah mengumumkan slogan Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka telah diangkat sebagai tema Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia untuk tahun 2024.
Selain itu, turut diumumkan juga sambutan Hari Kebangsaan ke-66 akan diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos nanti, manakala Hari Malaysia yag disambut tanggal 16 September pula akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1084