KSU, Warga KPT Sertai Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Pertabalan YDAP Ke-17

KSU, Warga KPT Sertai Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat Pertabalan YDAP Ke-17

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Negara petang tadi.

Hadir sama rombongan warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha (KSU KPT), Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.

Majlis itu ialah acara pertama daripada tujuh acara disusun sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang dijadual berlangsung pada Sabtu nanti.

Majlis tersebut diadakan bagi memohon kesejahteraan dan kesihatan buat Seri Paduka Baginda berdua bersemayam sebagai Ketua Negara selama tempoh lima tahun dan memohon kesejahteraan dan kesihatan seluruh rakyat Malaysia.

Sebelum berangkat pulang, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama jemaah.

Turut hadir bersama kira-kira lebih 1,500 jemaah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan menteri-menteri Kabinet. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1098
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim