Warga KPT Sertai Larian MAPPA XIX 2024 Di Putrajaya

Warga KPT Sertai Larian MAPPA XIX 2024 Di Putrajaya

Menyahut seruan kerajaan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diketuai oleh Ketua Setiausaha, Dato’ Seri Ir. Dr Zaini Ujang telah menyertai acara Larian MAPPA XIX 2024 yang berlangsung di Putrajaya, siang tadi.

Acara larian yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) itu telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Hj Abdul Aziz.

Larian MAPPA ini berjaya menarik lebih 5,000 peserta dalam kalangan warga perkhidmatan awam serta masyarakat sebagai usaha untuk melahirkan warga yang sihat dan cergas serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Terdapat dua kategori larian iaitu 5 kilometer dan 10 kilometer dengan laluan larian di sekitar Putrajaya.

Turut berlangsung Jualan Rahmah selama satu hari sehingga 6.00 petang ini yang memberi peluang kepada masyarakat untuk membeli barangan dengan harga berpatutan. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1012
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 11 Oktober 2024, 07:37:56.

logo-sirim