KPT Semak Pencapaian Separuh Penggal Landasan Hala Tuju 2024
Pada Januari lalu, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyampaikan lima (5) fokus serta 20 landasan hala tuju yang beliau gagaskan bagi memacu sektor pendidikan tinggi negara ke persada yang lebih tinggi.
Lima (5) fokus tersebut adalah Penyediaan Bakat Terbaik Negara; Pengukuhan Ekosistem Penyelidikan dan Inovasi; Pelaksanaan Pendekatan Baharu Program Pemindahan dan Perkongsian Ilmu; Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi; dan Pemantapan Ekosistem Pemboleh Daya".
Justeru, pada petang tadi telah diadakan satu pertemuan dengan kesemua pemegang taruh sektor pendidikan tinggi negara bagi menyemak semula prestasi separuh penggal hala tuju untuk tahun 2024 ini.
Program tersebut telah melibatkan YB Menteri Pendidikan Tinggi bersama para pengurusan tertinggi dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), jabatan, agensi, universiti awam dan politeknik.
Mereka yang hadir telah membentangkan pencapaian serta berdiskusi bagi mencari pendekatan terbaik dalam menjayakan kesemua fokus serta landasan YB Menteri tersebut.
Hadir sama Ketua Setiausaha (KSU) KPT, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang; Timbalan (KSU) Dasar KPT, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; dan TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Mohamad Azhan Md Amir.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1683