Usaha Membangunkan Bakat Dan Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi Jadi Fokus Diskusi Naratif Khas RTM

Usaha Membangunkan Bakat Dan Pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi Jadi Fokus Diskusi Naratif Khas RTM

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited untuk membangunkan bakat terbaik negara serta pengantarabangsaan pendidikan tinggi selari dengan fokus kementerian tahun 2024 seperti digagaskan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Januari lalu.

YB Menteri dalam sesi wawancara di slot program Naratif Khas RTM malam tadi telah menekankan beberapa aspek penting dalam membangunkan bakat termasuk pembangunan kurikulum berfokuskan industri; pembelajaran sepanjang hayat (PSH); program mobiliti pelajar dan kolaborasi antarabangsa.

Sementara itu, YB Menteri turut berpeluang untuk berkongsikan usaha mengantarabangsakan pendidikan tinggi negara.

Ia termasuk usaha meningkatkan mobiliti pelajar serta pembukaan kampus pesisir di luar negara yang berupaya menarik lebih ramai lagi pelajar luar negara meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.

Antara perkara yang turut dibincangkan adalah program-program keilmuan yang akan disuburkan dengan penganjuran bersama syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menjadi wadah bagi perbincangan intelek dikalangan pakar, ahli akademik, ketua industri, usahawan dan masyarakat sivil mengenai pelbagai isu kritikal membabitkan rakyat.

Ia menerusi penganjuran Forum Ilmuan Malaysia MADANI yang akan meneruskan siri penganjuran pada masa akan datang. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1345
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 07 Februari 2025, 10:01:10.

logo-sirim