Kerjasama KPT Dengan Turkish Maarif Foundation (TMV) Perkukuhkan Bidang Pendidikan Tinggi Negara

Kerjasama KPT Dengan Turkish Maarif Foundation (TMV) Perkukuhkan Bidang Pendidikan Tinggi Negara

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir pada pagi ini telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel; Presiden Turkish Maarif Foundation (TMV), Prof. Dr. Birol Akgun); dan para delegasi.

Semasa sesi ini, kedua-dua pihak telah membincangkan kerjasama yang boleh dilaksanakan seperti perkongsian tenaga kerja, mobiliti pelajar, penawaran biasiswa, geran penyelidikan, kerjasama industri, inovasi serta pelbagai lagi.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik cadangan TMV untuk membuka sekolah di Malaysia, di mana alumni sekolah ini berpeluang untuk melanjutkan pengajian di universiti awam di Turkiye.

Pertemuan dan kerjasama seperti ini membuka peluang-peluang positif khususnya dalam bidang pendidikan tinggi kedua-dua negara.

Satu jawatankuasa juga akan dibentuk bagi melaksanakan kerjasama yang dirancang berkaitan pendidikan tinggi ini dalam masa terdekat.

Kunjungan hormat ini juga turut disertai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT, YBhg. Datin Noorazah Omar. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1314
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 13 Februari 2025, 07:17:37.

logo-sirim