Ucaptama Datuk Seri Dr Ketua Setiausaha di 20th International Conference for University Administrations (ICUA 2020)

YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi hari ini telah memberikan ucaptama pada 20th International Conference for University Administrations (ICUA 2020) di Canselori Universiti Teknologi Mara (UiTM). Dengan tema Navigating The Future: Fowards Agile Leadership, konferensi ini memfokuskan penjanaan idea dan perkongsian pengalaman daripada organisasi luar bagi amalan terbaik dalam memperkasakan kepimpinan dan tadbir urus universiti agar lebih tangkas, mantap dan dinamik.

Konferensi yang berlangsung hari ini hingga esok telah menghimpunkan lebih daripada 691 para pentadbir profesional institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan dan luar negara serta organisasi lain. Turut hadir, YBhg. Emeritus Professor Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor UiTM.

WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4480
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 24 Jun 2024, 18:57:36.