Kunjungan Hormat Oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menerima kunjungan hormat oleh Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diketuai oleh Tan Sri Dato Seri Wahid Omar, Pengerusi LPU UKM pada 24 Disember 2020.
Mereka telah membincangkan berkenaan perancangan pembangunan untuk hospital universiti.
Turut hadir Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Prof Dato' Ir. Mohd Marzuki Mustafa, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan tugas Naib Canselor UKM.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 5909