Kunjungan Hormat Dari Wakil ASIA School of Business (ASB)

Pada 24 Disember 2020, YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi menerima kunjungan hormat dari wakil ASIA School of Business (ASB) yang diketuai oleh Tan Sri Dato' Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Pengerusi Bersama, Lembaga Gabenor ASB yang juga merupakan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB).
ASB merupakan institusi pendidikan tinggi swasta yang menjadi pusat pengetahuan dan pembelajaran global yang disertakan dengan kepakaran serantau berkenaan pandangan dan perspektif ekonomi Asia dan negara membangun. Turut hadir Datuk Seri Dr Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Encik Marzunisham Omar dan Timbalan Gobernor Bank Negara.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6191
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 Julai 2024, 04:35:17.

logo-sirim