Lawatan Kerja YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Teknologi Malaysia hari ini. Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi bin Ismail yang menjalankan fungsi Naib Canselor telah membentangkan kepada YB Menteri tentang info ringkas universiti serta perkembangan terkini tentang projek-projek berimpak tinggi di UTM kampus Johor Bahru.

YB Menteri juga diberikan penerangan tentang kolaborasi strategik UTM seperti Akademi Johor Darul Takzim dan beberapa perancangan UTM dalam masa terdekat. Dalam sesi lawatan tersebut, YB Menteri serta delegasi Kementerian Pengajian Tinggi telah dibawa ke Kampus Residensi KLG dan Projek Akademi JDT di Kolej Dato Onn Jaafar sebelum mengakhiri sesi lawatan di Arked Meranti. Turut hadir Dr Mohd Zabri bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Rosli bin Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Prof. Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Dato' Dr Husaini Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti UTM.

WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.04
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06
WhatsApp Image 2020 12 24 at 15.28.06 1
  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7176
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 27 Mei 2024, 18:16:03.