Syarahan Umum Prof. Li Cheng Bincang Hubungan China-AS dan Implikasinya Kepada Malaysia

11 Jun 2026 | Putrajaya
Syarahan Umum bertajuk “Hubungan China-AS dan Impaknya kepada Malaysia” menjadi platform penting dalam memperkukuh kefahaman geopolitik global melalui pendekatan akademik dan diplomasi ilmu.
Program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) petang semalam itu menghimpunkan sarjana antarabangsa, pembuat dasar serta warga akademia dalam membincangkan perubahan landskap kuasa dunia semasa.
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, dalam ucapan alu-aluannya menegaskan bahawa dialog ilmiah merupakan asas penting dalam memahami dinamika hubungan antara kuasa besar dunia.
Beliau turut menyatakan bahawa Malaysia perlu terus memperkukuh kefahaman strategik terhadap hubungan China dan Amerika Syarikat bagi memastikan dasar luar negara kekal seimbang, relevan dan berdaya tahan.
Selain itu, beliau menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan Prof. Li Cheng yang telah sekian lama membantu komuniti akademik dan pembuat dasar memahami perkembangan politik serta struktur kepimpinan China.
YB Menteri turut menegaskan bahawa pendekatan Malaysia dalam isu antarabangsa perlu berteraskan ilmu, keterbukaan perspektif serta keupayaan menilai perubahan geopolitik secara objektif.
Syarahan telah disampaikan oleh Prof. Li Cheng, Pengarah Pengasas Pusat China Kontemporari dan Dunia (CCCW), Universiti Hong Kong, yang membincangkan evolusi hubungan China dan Amerika Syarikat.
Beliau menekankan bahawa Institusi Pendidikan Tinggi mempunyai peranan strategik sebagai jambatan kefahaman antara tamadun, khususnya dalam dunia yang semakin kompleks dan berpolarisasi.
Menurut beliau, CCCW berfungsi sebagai platform dialog antarabangsa yang menghubungkan sarjana, institusi akademik dan pembuat dasar dalam memahami perubahan tatanan dunia.
Majlis turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KPT, Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim; serta delegasi akademik dari Universiti Hong Kong.
- Last updated on .
- Hits: 42
