Peluncuran Program MYSISWA@JoC Peringkat Kebangsaan 2026

11 Jun 2026 | Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyempurnakan Peluncuran Program MySISWA Job on Campus (MySISWA@JoC) Peringkat Kebangsaan 2026 di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 9 Jun yang lalu.
Program MySISWA@JoC merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan menyediakan peluang pekerjaan sambilan secara fleksibel kepada mahasiswa Universiti Awam (UA) dalam kampus bagi membantu meringankan kos sara hidup, memperkukuh kemahiran insaniah serta meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Peluncuran ini menandakan perluasan pelaksanaan MySISWA@JoC di 20 Universiti Awam di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM20 juta. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 10 ribu mahasiswa melalui pelbagai penempatan pekerjaan di kampus yang diselaraskan dengan jadual akademik mereka.
Melalui pendekatan ‘earn while you learn’, MySISWA@JoC bukan sahaja membantu mahasiswa menjana pendapatan tambahan, malah berperanan membentuk graduan yang lebih berdaya saing, berkemahiran dan bersedia menghadapi dunia pekerjaan.
Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang menjayakan peluncuran MySISWA@JoC. Semoga inisiatif ini terus memperkasa kesejahteraan mahasiswa dan menyokong agenda pendidikan tinggi negara.
Turut hadir, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin Hassim bersama barisan pengurusan tertinggi KPT; Naib-naib Canselor Universiti Awam serta rakan strategik program.
- Last updated on .
- Hits: 81
