SIHAT@UKM Tawar Perkhidmatan Baharu Tingkat Kesihatan Komuniti Secara Holistik
Seterusnya, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud ke Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di ibu negara siang tadi bagi menyempurnakan pelancaran perkhidmatan-perkhidmatan baharu program SIHAT@UKM.
Program tersebut menawarkan perkhidmatan klinik sedia ada merangkumi optometri, audiologi, terapi pertuturan, terapi pekerjaan, fisioterapi, dietitik, psikologi dan pengimejan diagnostik dalam usaha meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan komuniti.
Untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih komprehensif dan holistik, penambahbaikan fasiliti telah dilaksanakan di dua buah klinik iaitu Psikologikal Klinikal dan Kaunseling; serta Audiologi.
Turut dilancarkan Mobile Audiometric Booth yang menyediakan kemudahan pemeriksaan pendengaran; serta Klinik Satelit SIHAT@UKM yang bertujuan menyebarluaskan manfaat kesemua perkhidmatan program tersebut kepada para pesakit di luar kampus UKM.
Selain itu, program SIHAT@UKM turut dilengkapi dengan sebuah bas yang berfungsi sebagai klinik optometri bergerak yang sering menjelajah ke seluruh negara bagi menawarkan perkhidmatan kesihatan komuniti secara percuma.
Usaha dan inovasi yang diperkenalkan oleh UKM ini berupaya membawa visi kesihatan yang lebih inklusif dan menyeluruh dalam usaha meningkatkan kesedaran serta kualiti bidang penjagaan kesihatan di Malaysia.
Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa) UKM, Prof. Dr. Abdul Halim Abd Gafor.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 923