Semarak Siswa Madani Sabah: KPT Ziarah Keluarga Allahyarham Alif Syahadan, Pelajar Politeknik Kota Kinabalu

Semarak Siswa Madani Sabah: KPT Ziarah Keluarga Allahyarham Alif Syahadan, Pelajar Politeknik Kota Kinabalu

Sementara di sini, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal sempat meluangkan masa menziarahi keluarga Allahyarham Alif Syahadan Lasim petang tadi.

Allahyarham yang merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Politeknik Kota Kinabalu meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di sini pada 30 April lalu.

Mewakili seluruh warga Kementerian Pendidikan Tinggi, beliau turut menukilkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada ibu bapa Allahyarham.

Beliau juga mengharapkan agar kesemua ahli keluarga tabah dan reda atas pemergian Allahyarham Alif Syahadan.

Dalam kunjungan tersebut, YB Timbalan Menteri turut menyerahkan sumbangan sejumlah RM 1,000 daripada Yayasan Kebajikan Siswa kepada keluarga Allahyarham.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1023
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 24 Februari 2024, 09:25:25.