Semarak Siswa Madani Sabah: KPT Santuni Calon Pelajar Di Tenom, Keningau Dan Papar

Semarak Siswa Madani Sabah: KPT Santuni Calon Pelajar Di Tenom, Keningau Dan Papar

Kontinjen Program Semarak Siswa Madani Sabah yang diketuai oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal telah meneruskan jelajah ke tiga (3) buah daerah di sini siang tadi.

Beliau telah membuat serahan surat tawaran kemasukan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) kepada enam (6) orang calon pelajar di Tenom, Keningau serta Papar di rumah masing-masing.

Selain surat tawaran, para calon pelajar turut menerima Wang Pendahuluan Pelajar sebanyak RM 1,500 daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta sumbangan peralatan dan kelengkapan ke asrama daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS).

YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi turut menyantuni keluarga para calon pelajar dengan mengucapkan tahniah atas kejayaan ke menara gading sambil menyerahkan bakul rahmah sumbangan UMS.

Seterusnya, jelajah ini akan ke beberapa buah rumah calon pelajar lagi di Sandakan sebelum ke destinasi akhir iaitu di Putatan pada Jumaat nanti.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1568
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 24 Mei 2024, 17:03:21.