Republik Gambia Terokai Peluang Pendidikan Tinggi Di Malaysia

Republik Gambia Terokai Peluang Pendidikan Tinggi Di Malaysia

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Profesor Pierre Gomez Kementerian Pendidikan Tinggi, Penyelidikan, Sains dan Teknologi (MoHERST) Republik Gambia.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan Malaysia dan Republik Gambia dalam menjalin kerjasama strategik pendidikan tinggi di kedua-dua negara di samping meneroka peluang-peluang kerjasama dan faedah yang baharu terutamanya bantuan teknikal dalam bidang TVET, biasiswa dan jaminan kualiti.

Hadir sama ialah YBhg. Datin Noorazah Omar, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT; YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi; YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti; dan YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1147
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 28 Februari 2024, 20:42:11.