Sesi Lawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Ke Projek Pembangunan Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah (HUMS)

Sesi Lawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Ke Projek Pembangunan Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah (HUMS)

YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Pembangunan Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang turut disertai oleh YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan Abdul Khalid, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sesi lawatan kerja ini bertujuan untuk melaksanakan pemantauan di tapak projek Pembangunan HUMS yang dilaksanakan melalui kaedah Build-Lease-Maintain-Transfer (BLMT) serta mengadakan sesi perbincangan bersama pihak syarikat konsesi berhubung isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan projek.

Projek HUMS merupakan projek berimpak tinggi di Negeri Sabah khususnya dalam aspek pembangunan akademik, peningkatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK - Fiscal Multiplier) dan seterusnya akan meningkatkan imej Kota Kinabalu sebagai hab medical-tourism selain menyediakan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat setempat di Negeri Sabah.

Turut hadir bersama-sama ke sesi lawatan ini ialah YBhg. Datuk Prof. Dr. Kasim Haji Mansor, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah; YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT; dan Puan Azlinda Azman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2382
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 Julai 2024, 04:35:17.

logo-sirim