Raja Permaisuri Agong Dilantik Semula Canselor UTM
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap delegasi daripada Kementerian Pendidikan Tinggi yang diketuai YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir di Istana Negara, siang tadi.
Pertemuan tersebut adalah bertujuan untuk mempersembahkan Watikah Perisytiharan Pelanjutan Raja Zarith Sofiah sebagai Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang berkuat kuasa 1 Jun lalu hingga 31 Mei 2031.
Pelantikan semula ini amat bermakna terutamanya kepada pendidikan tinggi negara kerana pengalaman dan sumbangan Raja Permaisuri Agong dalam memacu agenda pendidikan tinggi negara demi manfaat rakyat dibawah naungan baginda.
Antara sumbangan baginda termasuklah mengilhamkan Projek Bangsa Johor Bahagia (BJB), melancarkan Tabung Canselor 'Because We Care' bagi membantu mahasiswa B40 dalam pembelajaran dan seorang yang aktif dalam dunia keintelektualan.
Turut bersama Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 515