PPPTM 2026-2035, Memeta Hala Tuju Baharu Pendidikan Tinggi Negara

PPPTM 2026-2035, Memeta Hala Tuju Baharu Pendidikan Tinggi Negara

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah bersiaran di Agenda Awani malam tadi bagi mengupas secara tuntas landasan hala tuju baharu pendidikan tinggi negara yang bakal digariskan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPPTM) 2026-2035 yang akan dilancarkan pada tahun hadapan.

PPPTM 2026-2035 merupakan dokumen terkini dan terangkum yang sedang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama barisan penasihat pakar dan berpengalaman sebagai menambahbaik Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) sedia ada yang akan lunas pelaksanaannya tahun hadapan.

Pada proses merangka pelan yang akan dilaksanakan untuk jeda masa 10 tahun ini juga, KPT telah membahagikan peringkat kerja kepada beberapa fasa termasuklah proses pengumpulan maklumat menerusi pelbagai platform yang ada.

Antaranya, sesi libat urus dengan pemegang taruh dan kumpulan sasar; serta tinjauan dan pandangan semua pihak yang terdiri dari pelbagai latar belakang yang telah menjadi aspek utama dalam penyediaan pelan pembangunan baharu ini.

Beberapa buah jawatankuasa juga telah ditubuhkan yang bertujuan untuk mengkaji dan memantau gerak kerja serta prestasi pembangunan pelaksanaan PPPTM 2026-2035.

Selain itu, pelan ini juga akan memfokuskan kepada beberapa lonjakan utama antaranya adalah ‘High Performance Talent with Purpose’ yang merangkumi aspirasi dalam menetapkan hala tuju pendidikan tinggi negara pada masa hadapan, selaras dengan aspirasi dan keperluan pasaran kerja tempatan. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1794
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 14 Februari 2025, 10:27:29.

logo-sirim