#PMR2025PERAK: Pavilion KPT Jadi Tumpuan Pengunjung, ‘AIMI’ Serlahkan Kepakaran KPT Adaptasi Bidang AI

#PMR2025PERAK: Pavilion KPT Jadi Tumpuan Pengunjung, ‘AIMI’ Serlahkan Kepakaran KPT Adaptasi Bidang AI

Pavilion Kemententerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus menjadi tumpuan bagi pengunjung yang ingin mendapatkan informasi dan konsultasi berkaitan pendidikan tinggi.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk:

Konsultasi Kemasukan Pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi;

🔸 Konsultasi Pinjaman/ Bayaran Balik/ Simpan SSPN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN);

🔸 Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL);

🔸 Konsultasi Penawaran dan Bayaran Balik Penajaan/ Biasiswa/ Bantuan Kewangan KPT; dan

🔸 Konsultasi Kemasukan Pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi

Pavilion KPT kali ini turut menampilkan AIMI (AI Menyantuni Insan) iaitu sistem kaunseling pintar interaktif yang boleh berfungsi memberi sokongan emosi melalui avatar maya serta menjawab soalan berkaitan kesihatan mental.

Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Datuk Dr. Anese Ibrahim turut berpeluang untuk melawat Pavilion KPT dan mendengar taklimat daripada pegawai yang bertugas.

Seterusnya, Datuk Dr. KSU turut berkesempatan meluangkan masa dalam sesi temubual bersama Nasional FM bagi menjelaskan lebih lanjut pelaksanaan PMR 2025 Perak iaitu KPT sebagai kementerian peneraju.

'Pendidikan Tinggi Pemacu Negara MADANI' 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 131
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 15 Julai 2025, 07:22:36.

logo-sirim